

Video module praktikal untuk bantu anda kenal pasti dan baiki kesalahan bacaan Al-Quran yang sering berlaku, terutama pada bacaan harian dan dalam solat.

Belajar Al-Quran dengan lebih baik bukan hanya perlukan guru.
Ia perlukan sebuah pasukan yang benar-benar mahu membantu.
Di SoPaN, kami dibantu oleh barisan pengurusan, staff dan asatizah yang bergerak bersama dengan satu niat yang sama, iaitu membantu lebih ramai orang belajar Al-Quran dengan lebih yakin dan lebih terarah.
Yang kami usahakan bukan sekadar kelas, tetapi perubahan.
Dari tahun 2011 hingga hari ini, SoPaN terus berkembang dengan pelbagai modul pembelajaran, kelas fizikal dan dalam talian, siaran percuma harian, kelas percuma mingguan, serta program bersama masyarakat, organisasi dan institusi.
Setiap ahli team memainkan peranan untuk memastikan pelajar bukan sahaja hadir belajar, tetapi rasa dibimbing, dihargai dan terus bersemangat untuk melangkah.
Kerana bagi kami, perjalanan mendekati Al-Quran bukan sesuatu yang perlu dilalui sendirian.
SoPaN wujud sebagai team yang berjalan bersama anda.

© Copyright 2026. Solusi Pandai Ngaji (SoPaN). All Rights Reserved.